Jumaat, 28 September 2012

SEPI MENGAJAR ERTI RINDU



Hari-hari yang berlalu
Tanpa engkau di sisi ku
Bagai terasa hidup tiada bermaya lagi
Terhumban aku di ruang yang sepi ini
Dibayangi oleh kenangan bersama mu
Sehingga aku kelemasan

Tersisih aku dari cinta mu
Terseksa aku oleh sikap mu
Sepi mengajar aku erti rindu
Demi cinta ku yang setia
Bara cinta yang tertinggal
Sukar untuk ku padamkan
Dan makin menghangatkan rindu ku kepada mu
Terlantar aku sendirian dan terbiar
Entah bila kita akan ketemu lagi
Terserah takdir menentukan

Khamis, 27 September 2012

Bantu Gaza

 



 


Mereka perlukan bantuan.......,sesungguhnya kehidupan kita hari ini lebih baik dari mereka...
bantulah ,mereka walaupun dengan sebuah doa......renung dan lihatlah dengan mata hati kita ,semoga ianya memberi keinsafan buat kita bersama...


Jumaat, 3 Ogos 2012

KOPI LETUP



25 JULY 2012

Hari kelima berpuasa.... sekitar 10 minit lagi untuk berbuka puasa... aku dikejutkan dengan satu bunyi yang mengelegak didapur , aku bergegas kedapur , rupa2nya air kopi yang ku didihkan di dalam heater , kelihatan seperti macam nak meletup... mendidih dengan kuat tapi tidak mengeluarkan wap ,  aku  jadi agak panik ,aku cuba rasa dibahagian atas heater dengan meletakkan  tangan ,entah macam mana belum sempat aku buka dia dah meletup tebabooooo... habis berkecah dapur dengan air kopi dengan aku2  sekali .. aku jadi tergamam seketika seperti orang hilang akal, aku dikejutkan oleh isteriku ,bila aku tersedar aku merasakan bahagian dada dan muka sebelah kiri terasa sangat pedih, isteriku menyarankan agar aku kebilik air dan mandi dengan masa yang agak lama demi meredakan kesakitan akibat dari letupan percikkan kopi panas..selepas mandi rasa sakit dan panas masih tak reda lagi menyebabkan aku kehilangan selera untuk berbuka puasa.... aku hanya minum segelas air dan berbaring dengan meletakkan kain basah pada bahagian yang melecur ... keadaaan agak reda sedikit sekitar pukul satu pagi...
aku terasa haus , aku kedapur untuk minum ....kelihatan baki kopi yang meletup tadi ada lagi, cukup2 je untuk satu cawan...aku pon minum...."ahhhhhh sedapnya kopi ni"... agak luar biasa rasanya...
inilah keistemewaan KOPI LETUP... hehehehe,hukkkk mmmmm.....

Sabtu, 24 September 2011

FOBIA

      

   Zaman kanak2 adalah zaman yang terindah sekali untuk dikenang , berbagai kisah suka duka berganti, hari berganti hari, dan tahun berganti tahun belalu ..zaman kanak2 telah jauh meninggalkan kita, tapi masih seronok untuk diimbasi kembali,  kini aku telah pun dewasa , bukan dewasa tapi dah tua pun, entah lah dimanakah agaknya ya... kawan2 semasa kecil dulu.... tapi,  ada diantaranya yg masih aku temui, member baik sebelah rumah, nama dia pun sama macam aku dan berkongsi minat yang sama, suka main parit cari ikan, cuma dia punya bin yg lain heheehehe.... aku lebih tua darinya, dalam jarak dua tahun , walaupun mempunyi nama yang serupa tapi, ada nama gelaran masing2... umur yang lebih tua akan mengguna huruf A dihujung nama, bukan nama sebenar ( amran- A dan amran-B) .

Satu ketika dulu masa kecik2 sekitar umurku 12 tahun, masa tu tengah nakal dan lasak , bila tiba bulan puasa, dia punya nakal mulalah datang... suka dengki orang, mengikat mercun tarik pada  selipar orang... hehehehe... bila orang tak sadar keluar dari masjid, pakai selipar dan terus jalan ... apa lagi..... meletup lah...... heheheh........ seronoknya macam nak pecah perut gelak dengan kawan, bukan tu je... kat basikal, kat stater motor, kat pintu rumah pun aku gasak juga... tapi bukan rumah aku... rumah orang le.... , kalau rumah aku.... silap2 hari bulan  nampaknya kena perambat lah dengan tali pinggang kekekeke... teruk betul....


Mungkin nak jadikan cerita agaknya.... agar aku menamatkan segala kenakalanku, belaku sesuatu perstiwa yang tak diduga... dimana aku telah  melemparkan mercun tarik yang ku ikat bersama bunga api kearah amran-B, dengan tujuan untuk buat dia terperanjat aje..,,, dia cuba mengelak dengan membongkokkan badannya , malangnya bunga api itu telah jatuh diatas belakangnya dan terbakar, aku jadi tergamam dan kaku seketika ,bila melihat amran- B , berguling diatas tanah sambil   menepuk2 bahagian belakangnya serta berteriak "aduh sakit!!!!!!!!!! " kejadian tu berlaku sekitar lapan saat bersama letupan kecil dibelakang amran B, lepas kejadian itu, dia belari pulang kerumah sambil menangis, perkara itu telah diketahui oleh kedua orangtuaku.... apa lagi....balik rumah kena belasahlah...


Aku disuruh oleh kedua orangtuaku untuk berjumpa dengan amran B dan keluarganya, bagi tujuan memohon maaf, setibanya aku dirumah amran B, kelihatan emak amran B sedang meletakkan ubat dibelakang amran B , amran B menangis tak henti2 , aku sempat melihat keadaan luka tebakar dibelakang amran B..., teruk la.... ade bahagian yang nampak hangus dan luka akibat letupan mercun.......taubat aku tak mahu main mercun lagi..sampai sekarang ni ..






Rabu, 31 Ogos 2011

KETUPAT OH KETUPAT



Semenjak pemergian kedua orang tuaku, bila tiba hari raya aku akan pulang ke kampung isteriku diTerengganu untuk berhari raya di sana...,sewaktu kedua orang tuaku masih hidup, bila tiba hari raya ketupat ,kari ayam ,rendang ,sambal kacang dan lodeh menjadi menu utama bila kedatangan setiap kali aidil fitri....
     Aku masih terbayang.... saat-saat bersama mereka menyambut lebaran.... masing2 ada tugas masing2 yang terpaksa diselesaikan... bahagian aku menyiapkan ketupat , dari awal proses mengayam ketupat hingga selesai merebus ketupat.......,  abah pulak membantu emak memasak didapur, meringankan beban emak yang agak uzur akibat mengalami penyakit ( mudah pengsan) sejak aku berumur 10 tahun lagi... begitu lah keadaannya setiap tahun nak sambut raya..., adik2 usah cerita , main hilang2 je... maklumlah masih budak2 lagi... jadi aku sebagai abang/along kena lah main peranan membantu apa yang termampu..., yang paling aku minat / suka adalah rendang ayam yang dimasak oleh bapakku.... sedap ,pedas, malekattttttttttt.... tapi semua tu tinggal kenangan...
      Kini bila tiba aidil fitri... aku akan balik kekampung isteriku beraya disana...kedua orang tuaku dah tiada.....,aku kini dah jadi anak yatim tua..., jadi  ibu dan bapa mertua lah tempat aku menumpang kasih...menggantikan kedua orang tua yang telah tiada...
      Beraya dikampung isteriku memang seronok sebab isteriku mempunyai ahli keluarga yang ramai,belum raya lagi dah seronok... saat2 puasa yang terakhir... berbuka puasa ramai2...Wah!!!!!!!!!!!!! seronok dan hebat sekali, bergotong royong memasak menyiapkan juadah untuk hari raya..., yang best nya lemang terengganu..... , walau macam mana pun , ketupat tetap dihati, sebab aku anak jati johor...,dah biasa dengan ketupat, klu tak nampak ketupat macam tak raya...tapi semua itu bukanlah penting sangat , yang penting adalah ziarah,bermaaf-maafan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan..

Khamis, 25 Ogos 2011

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG




TERPAKSA
Bukan senang nak menjadi senang , bukan susah nak jadi susah.... itu lah kata2 yang pernah aku dengar dari mulut seseorang yang bergelar usahawan mlm  , berkata dihadapanku dengan tujuan memberi semangat dan motivasinya kepada ku tentang... bagaimana untuk maju kehadapan dan berjaya dalam kehidupan..., segalanya ku terima walau pun aku rasa terpaksa untuk mendengarnya ,dengan  pandangan yang panjang lebar dan berjela-jela itu....

KERAGUAN
Merenung akan kehidupanku yang serba kekurangan , lebih2 lagi baru nak belajar hidup berkeluarga  kerana baru dua tahun berkahwin dan bakal menimang cahaya mata yang pertama tak lama lagi , rasanya untuk aku memulakan langkah pertama , yang boleh membawa aku kepada perubahan dalam kehidupan amat2 ku perlukan dalam hidupku , namun  perasaan was2 dan keraguan,  bermain dikotak fikiranku... macam2 yg ku fikirkan....

MEMULAKAN LANGKAH
Tiga bulan belalu.... setelah berfikir panjang , akhirnya aku mengambil keputusan untuk menyertai sebuah syarikat jualan langsung yang disarankan kepada ku , dikatakan syarikat telah banyak melahirkan usahawan melayu yang berjaya yang bergelar jutawan... serta mempunyai senarai nama  tertinggi diantara syarikat2 jualan langsung yang ada di malaysia... pada masa itu aku masih lagi berkeja sebagai juruteknik letak kereta bermeter di johor baharu dan mengusahakan perniagaan mlm ini secara sambilan sja...walaupun aku dalam keadaan serba kekurangan dalam perniagaan ini, namun aku sentiasa memperbaiknya dengan menghadiri ke kelas-kelas ilmu dan motivasi setiap hujung minggu ,serta krusus2 yang dianjurkan oleh syarikat.. setiap malam aku akan keluar berjumpa dengan leader/ketua kumpulanku dengan menaiki motor sahaja, untuk bertanya itu dan ini, serta bertanya apa2 yang masih aku tak tahu... bulan demi bulan berlalu , apa yang ku usahakan  kini membuah kan hasil , pada awal penglibatan , pendapatan yang aku perolehi sekitar RM200 , bagiku itu sudah cukup bermakna serta membuat aku lebih semangat , rangkaian dalam kumpulanku semakin membesar , enam bulan berlalu.. tahap ku semakin tinggi , jawatan yang ku sandang adalah pengurus agensi... aku ditawarkan pelbagai pelancungan didalam malaysia termasuk ke medan indonesia ... aku jadi semaki kuat ,rakan-rakan dalam kumpulanku juga semakin gairah melihatkan aku kerap melancung setiap empat bulan sekali.. nama ku menjadi semakin popular dikalangan ahli2 dalam kumpulan ku serta di tempat2 meeting..... aku sering di jemput untuk berkongsi pengalaman di meeting-meting yang dianjurkan oleh syarikat setiap hujung minggu...pendapatan sudah mencecah empat angka... kini aku mampu untuk memiliki sebuah kereta ,walaupun hanya sebuah  kereta kancil sja , namun semuanya hasil usahaku melalui mlm..

BERHENTI KERJA
Pada tahun 2000 aku dan rakan2 sekerjaku telah pun mendapat notis dan arahan dari pehak syarikat , dengan mengatakan bahawa kami semua akan diberhentikan kerja, ini adalah kerana syarikat hendak menamatkan operasinya atau suadah tamat kontrek...aku dan kawan2 yang lain telah pun diberi pampasan sebanyak RM9000 seorang , rasa sedih dan sayu menyelubungi dihati kami ,kerana terpaksa berpisah dengan kawan2 setelah sembilan tahun bersama....

TIADA KERJA
Kini aku tidak mempunyai pekerjaan tetap, pendapatan bulanan sebanyak RM800 setiap hujung bulan yang ku terima kini tiada lagi... aku kini jadi binggung memikirkan macam mana nak bayar hutang kereta setiap bulan,makan dan minum, susu anak dan lain2.... sebenarnya aku sudah terlupa...bahawa aku masih lagi memiliki pendapatan melalui apa yang aku sedang usahakan secara sambilan , cuma merasa bimbang kalau2 apa yang di usahakan tak menjadi... aku disarankan oleh isteriku agar melakukan mlm secara sepenuh masa...memandang kan pendapatan yang ku miliki melalui perniagaan mlm, lebih memberangsangkan dari pada pekerjaan tetapku yang lalu..... aku ambil keputusan untuk menerima segala saranan dari isteriku... iaitu lakukan dengan sepenuh masa...... aku gunakan sebahagian duit dari pampasan yang ku terima sebanyak RM5000 untuk membeli produk agar aku dapat menjualnya dan menggandakan nya... pelbagai barang yg ku beli sampai tak muat kereta kancil aku...

JUALAN
Aku telah pun membuat strategi tersendiri.. bagaimana aku dapat memasarkan produk2 aku ni.. aku mulai meredah masuk dari warung ke warung, untuk menjual sejenis minuman.. yang popular pada masa itu , iaitu kopi gengseng tongkat ali, setiap  dua hari sekali aku akan pergi meronda melihat kopi2 yang aku hantar diwarung2 dan restoran , hasilnya boleh tahan juga. macam2 pengalaman yang aku dapat bila berhadapan dengan tauke2 warung ni... ada yg mintak kurangkan harga , ada yang barang dah habis tapi bila minta duit katanya nanti dulu dan minta lagi tanpa bayaran,  ada pulak bila hantar lima bungkus,barang dah habis bila nak ambil duit, tuke warung tu kata hari tu kau bagi empat bungkus je....sedangkan aku ada membuat catitan dalam buku ,macam2 ide nak menipu...dunia2...

KERETA KEDUA
Aku semakin hari semakin gagah, dah mula mewah sedikit, langkah semakin jauh dan semakin lantang untuk berhujah dengan rakan2 dibawah rangkaianku , serta orang2 yang ku temui atas tujuan memperkenalkan peluang perniagaan ini.... maklumlah.... pedapatan dah meningkat, kereta pun dah tukar baru , di rumah sering dikunjungi oleh rakan2 dan ahli2 dibawah naunganku pada setiap malam,bersembang ,berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada mereka hingga lewat pagi, itu lah yang aku lakukan setiap malam, kalau tiada orang yang datang, aku akan datang menziarahi ahli2 dibawah naunganku serta mengadakan perjumpaan berkumpulan.

 CURIGA
Kesebukan dalam melakukan aktiviti2 perniagaan menyebabkan aku kerap pulang lewat kerumah, kadang2 tak balik langsung, bukan apa2, hanya untuk melakukan yang terbaik demi keluarga dan masa depan, bila di fikirkan semula,...... rasa macam melakukan kerja bodoh pulak, namun hasil penyelidikan dan kajian ku terhadap pemimpin tertinggi dalam perniagaan ini, mereka melakukan perkara yang sama untuk berjaya, sentiasa membakar semangat dengan mengunjungi rumah2 pemimpin tertinggi untuk mendapatkan  nasihat dan pandangan...., lantaran itu perasaan curiga mulai timbul di lubuk hati isteriku... belaku lah beberapa siri2 petengkaran kecil.... . isteri mana yang tak curiga kalau pulang lewat setiap malam dan bercampur pulak dengan ahli2 perempuan, namun semua itu tidak lama , aku menyedari bahawa macam2 perkara buruk boleh belaku , tujuan ku hanya satu.... ingin merubah kehidupan keluargaku, aku sentiasa berhati-hati, takut akan fitnah orang..

MELANCUNG KE JAKARTA
Aku rasa macam tak percaya dan merasakan bagaikan mimpi bila aku mendapat sepucuk surat dari syarikat mlm yang aku usahakan itu , menawarkan aku dan isteri peluang untuk  melancung ke indonesia selama lima hari empat malam, Wau!!!!!!!!!! apa yang ku usahakan kini membuah kan hasil dan inilah masanya untuk menikmati hasilnya...... bukan itu saja , pangkat ku juga turut naik ke setapak lagi,aku benar2 teruja dengan peluang yang diberikan , apa tidaknya , selalu menonton filem indonesia, tapi tak pernah ke indonesia, selalu tengok kapal terbang di udara, tapi tak pernah naik pon , kalau berangan atau mimpi naik kapal terbang adalah.....  ,namun semua itu terjawab,
 Tanggung jawab semakin besar dan semakin sebuk dalam melaksanakan tugas sebagai usahawan mlm.... masa bersama keluarga semakin berkurangan ,lebih2 lagi  masa bersama anak......,  keluar pagi dalam keadaan anak masih tidur, dan balik lewat malam juga anak sudah tidur, masa tak menentu ,serta jarang ada masa dirumah,  hubungan aku dan anak menjadi renggang ,  sikap dingin serta tak mahu pada ku, membuat aku merasakan aku macam orang asing ,   anakku lebih mesra dengan ibunya ,  membuatkan aku merasa sedih.... ,akibat dari sikap ku sendiri, hal itu berlaku sejak anak ku berumur 3 tahun lagi ,hingga  dia berusia 12 tahun...selepas itu keadaan beransur baik hingga kehari ini.....  

KERETA KETIGA 
Bila perniagaan dah berkembang, mula lah gatal nak tukar kereta baru lagi serta berhajat nak beli rumah, maklum lah aku belum punya rumah sendiri lagi, hanya menumpang di rumah orang tua, kegairahan dalam mengejar  impian. membuat aku terlupa dalam memikirkan tentang, dimanakah kesudahannya dengan perniagaan yang aku usahakan ini ,dalam tempoh beberapa tahun akan datang ,kalaulah perniagaan aku merosot bagai mana?... sedangkan aku tidak memiliki pendapatan lain..... hanya dengan apa yg ku usahakan sekarang ni..

PERSAINGAN 
Dalam dunia perniagaan mlm, persaingan merupakan perkara biasa dalam menuju kejayaan , yang harus di tempuh dan dijadikan sebagai halangan2 kecil kejayaan, yang akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar....... namun banyak yang jatuh dan kecundang atas nama persaingan ini, tektik kotor dan tidak jujur dalam menjalankan perniagaan oleh setengah2 pihak , menyebabkan ada pihak lain yang gulung tikar,duduk termenung dan garu kepala, temasuk lah aku......., mengalami nasib serupa.... tindakan sesetengah pihak dengan memotong jalan orang lain serta  permainan harga yang tak sepatutnya ...,adalah perbuatan keji... bukan semua orang bersikap sedemikian , tapi ada orang2 yang tertentu melakukannya bagi tujuan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain... tu yang tak tahan.... apa yg aku usahakan dah tak mahu menjadi... terpaksa berhijrah ketempat lain pulak.....keadaan di tempat lain lebih lebih kurang sama je...susah nak buat jualan.... sebab mereka dapat beli dengan harga yg lebih murah berbanding dengan harga yg aku tawarkan.... macam ni takde untung , modal pun tak dapat balik...macam mana nak isi minyak kereta ,nak makan dan minum..... keadaan ini buat aku goyang sedikit...

PERUBAHAN ORGANASASI  
Dalam usaha untuk meningkatkan perniagaan dan memantapkan organisasi, aku mengalami perubahan yang ketara dalam perkembangan kumpulan, aku tak tahu dimanakah silapnya...    perkembangan kumpulan jadi tak setabil dan menurun,mungkin silap dalam mengatur strategi bukan salah syarikat MLM yang ku usahakan itu tetapi silap diri sendiri, pendapatan mulai menurun, semangat pun turut sama , keadaan dah mula kelang kabut bila pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk menampung kehidupan yang sedia ada, aku mula rasa letih ,terkejar-kejar dan akhirnya aku kehilangan tenaga dan tak berdaya.... banyak benda / perkara yang terngaga dan terbuka yang perlu diisi setiap hari dan bulan... aku terpaksa melakukan sesuatu yang lain demi untuk meneruskan hidup....bukan mengalah pada keadaan , tapi iktiar.... mungkin bukan rezeki ku di MLM...

HIJRAH
Kini aku terpaksa berhijrah ke bidang yang lain untuk sementara waktu ,dalam masa dua tahun , ekonomi masih tak stabil , aku cuba melakukan beberapa kerja  tapi semuanya tak lama sekejap2,........ aku pernah berkerja dikilang getah, bawa bas kilang di singapura, potong kayu getah tua di hutan jerantut pahang yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis , dan akhir sekali forwading agent hingga lah ke hari ini , alhamdulilah semua masaalah kewangan ku dah selesai..... kini MLM semakin jauh tertinggal, kerana kesibukan tugas, tak sempat nak melakukannya.. impian untuk berjaya dlm MLM pudar .....nak kembali semula bersama MLM dah rasa letih...... dah jadi batu,kaku dan beku.. itu lah berakhirnya aku seorang usahawan MLM

Kejayaan ada dimana2, yang peling penting adalah usaha ,kejayaan yang bagai mana yang kita inginkan.... dan tergantung kepada kemampuan diri sendiri, bak kata pepatah " ukur baju dibadan sendiri "  tak salah untuk mencuba ,tapi perlu berhati-hati...sekarang ni banyak syarikat MLM macam cendawan tumbuh selepas hujan, usah tertipu...

Tak dapat dinafikan memang banyak orang yang berjaya dan bergelar jutawan dalam MLM itu adalah kenyataan. tetapi tak kurang juga yang tertipu dengan MLM, bukan semua MLM yang menipu tetapi ada setengah2 individu memperalatkan MLM untuk kepentingan pribadi..



                                     " BUKAN SENANG NAK JADI SENANG "