Jumaat, 3 Ogos 2012

KOPI LETUP



25 JULY 2012

Hari kelima berpuasa.... sekitar 10 minit lagi untuk berbuka puasa... aku dikejutkan dengan satu bunyi yang mengelegak didapur , aku bergegas kedapur , rupa2nya air kopi yang ku didihkan di dalam heater , kelihatan seperti macam nak meletup... mendidih dengan kuat tapi tidak mengeluarkan wap ,  aku  jadi agak panik ,aku cuba rasa dibahagian atas heater dengan meletakkan  tangan ,entah macam mana belum sempat aku buka dia dah meletup tebabooooo... habis berkecah dapur dengan air kopi dengan aku2  sekali .. aku jadi tergamam seketika seperti orang hilang akal, aku dikejutkan oleh isteriku ,bila aku tersedar aku merasakan bahagian dada dan muka sebelah kiri terasa sangat pedih, isteriku menyarankan agar aku kebilik air dan mandi dengan masa yang agak lama demi meredakan kesakitan akibat dari letupan percikkan kopi panas..selepas mandi rasa sakit dan panas masih tak reda lagi menyebabkan aku kehilangan selera untuk berbuka puasa.... aku hanya minum segelas air dan berbaring dengan meletakkan kain basah pada bahagian yang melecur ... keadaaan agak reda sedikit sekitar pukul satu pagi...
aku terasa haus , aku kedapur untuk minum ....kelihatan baki kopi yang meletup tadi ada lagi, cukup2 je untuk satu cawan...aku pon minum...."ahhhhhh sedapnya kopi ni"... agak luar biasa rasanya...
inilah keistemewaan KOPI LETUP... hehehehe,hukkkk mmmmm.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan